right_side

Kelab Seni Foto UKM

Kelab Seni Foto UKM adalah salah satu kelab dibawah cabang ARTISUKMA(Kelab Kebudayaan UKM). Kelab ini telah ditubuhkan pada tahun 1997. Kelab ini telah mula aktif semula pada awal Julai 2009 dengan ahli seramai 11 orang iaitu mahasiswa/i tahun 1&2 UKM. Kelab ini aktif semula dengan bantuan penyelaras kelab iaitu En Raai(jurugambar kanan UKM). Kelab ini ditubuhkan atas dasar minat yang mendalam daripada mahasiswa/i UKM terhadap dunia fotografi. Diharap agar Kelab Seni Foto UKM akan berjaya menapak di UKM ini seiring dengan kelab-kelab lain yang terdapat di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Upcoming Event

1. Bengkel & Pertandingan Fotografi(Oktober)
2. Pertandingan Fotografi 1 UKM 1 Keluarga.(Oktober)
3. Broga Hill Outing (Next Semester)
4. Putrajaya Model Outing ( Next Semester)


Borak Corner

Followers


In:

Rumah Terbuka Hari Raya Kelab Seni Foto


Salam,
Rumah terbuka raya Kelab Seni Foto Akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tempat: Makmal Bahasa Kolej Tun Hussein Onn UKM
Masa: 8.30 -11.00 Malam
Tarikh: 9/10/2009
Hari: Jumaat
Bayaran:RM5 untuk ahli berdaftar.
RM15 untuk ahli belum berdaftar (RM10 yuran pendaftaran)
Pakaian: Baju Raya (Kalau Boleh Baju Melayu & Baju Kurung)

Semua ahli Kelab Seni Foto dijemput hadir. Anda juga boleh membawa kawan-kawan untuk turut serta.

Menu makanan: 1. Satay 2. Ketupat 3. Mee Goreng 4. Minuman DLL.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Hakimyjury: 0179143429 / 0192216455


In:

Photo Of The Month (October)












1 - 3 picture Credits to Ezuan Saad
4-5 picture credits to hakimyjury
6 picture credits to Murtada Md Nor

Salam.... if u want your picture to be upload in the blog, do submit it in Kelab Seni Foto Facebook group. Then Tag Abdul Raai Osman in the photo... If your photos get compliment from En Raai I will publish your photo here... This picture is the introduction of the photo of the month.


In:

DeeraRaya Keris Mas Collage Celebration

Event: DeepaRaya Celebration
Venue: Keris Mas Collage Cafe
Organizer: JAKSA Keris Mas Collage
Photographer: 1. Hakimy Jury 2. Ariff 3. Murtada 4. Sholihien

Salam...
Post kali ini adalah tugasan Kelab Seni Foto untuk bulan ini dan untuk majlis sambutan hari raya dan juga Deepavali. Sambutan yang penuh warna warni ini telah dihadiri oleh pengetua kolej Keris Mas sendiri, barisan Jaksa & pentadbiran serta pelajar kolej ini. Sambutan yang bermula jam 8 malam ini meriah dengan nyanyian lagu raya, tarian zapin, tarian hindi serta kumpulan band kolej keris mas sendiri. Kami dijemput oleh En Raai sendiri untuk cover majlis ini. Terima kasih diucapkan kepada En Raai serta pentadbiran Kolej Keris Mas kerana sudi menjemput kami.

p/s: makanan pun sedap-sedap dapat duduk meja VIP lagi.... hehe...


In:

Canon Photo Marathon Malaysia 2009


Salam...
Post terbaru ini berkaitan dengan Canon Photomarathon. Saya dan beberapa ahli kelab yang lain akan menyertai event ini. Jadi disini saya menjemput ahli-ahli Kelab Seni Foto yang berminat untuk turut serta. Dibawah ini saya sertakan sedikit detail tentang event ini.

Venue:
Sunway Lagoon Theme Park (Elephant Walk Entrance)
Date: 10th October 2009 (Saturday)
Time: 0700 hours - 2100 hours
* Registration close on 5th October 2009

Untuk maklumat lanjut saudara/i bolehlah melayari http://www.canon-asia.com/photomarathon2009/malaysia/index.html . Untuk makluman semua, kami akan pergi kesana menaiki kenderaan sendiri dan sesiapa yang berminat untuk turut serta bolehlah sms / call saya 0179143429/0192216455. Bagi yang mempunyai kenderaan sendiri, kita akan konvoi bersama-sama untuk ke sana. Sekian.

In:

Pertandingan Tarian Antara Kolej Pesta Konvo UKM

Event: Pertandingan Tarian Antara Kolej Pesta Konvoksyen UKM
Venue: Dataran Gemilang
Organizer: Kolej Tun Hussein Onn
Photographer: 1. Sholihien 2. Ariff Iskandar

Salam.. Kali ini Kelab Seni Foto UKM tidak membuat liputan keseluruhan event tapi hanya untuk Artis Budaya Kolej Tun Hussein Onn. Kami dijemput untuk menjadi official photographer untuk kolej ini. liputan acara kali ini dari make session sehinggalah ke upacara penyampaian hadiah. Kolej Tun Hussein Onn telah mendapat tempat ke-2 dalam pertandingan kali ini. Terima Kasih kepada JAKSA Kebudayaan Kolej Tun Hussein Onn kerana menjemput kami sebagai official photographer untuk kolej ini.


In:

Ramadhan Special Bowling Tournament

Event: Ramadhan Special Bowling Tournament
Organizer: Kelab Tenpin Bowling UKM
Venue: Endah Parade, Bukit Jalil.
Photographer: 1. Amir 2. Sholihien

Salam...
Kali ini Kelab Seni Foto telah dijemput untuk cover photography bagi event kelab tenpin bowling UKM. Event yang berlangsung selama 4 jam ini meriah dengan jumlah peserta yang ramai dan juga dengan kehadiran photographer dari kelab seni foto. Insyallah banyak lagi pertandingan seperti ini akan kami cover. terima kasih juga kepada presiden kelab tenpin bowling UKM kerana ingin bekerjasama dengan kami.

In:

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum...
Saya selaku moderator blog kelab seni foto ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli Kelab Seni Foto UKM... Yang nak balik beraya dikampung berhati-hati dijalan raya...