Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.
Post kali ini adalah berkenaan Majlis Pemasyhuran Canselor Dan Konvoksyen Khas UKM. Majlis ini diadakan di DECTAR bermula pada jam 9.00 pagi. Majlis ini dihadiri oleh DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni AlMarhum Tuanku Munawir sebagai Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia Yang ke-3. Turut hadir sama adalah DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Aishah Rohani binti AlMarhum Tengku Besar Mahmud, Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke-5, YABhg. Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi dan isteri YABhg. Tun Jeanne Abdullah, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YBhg. Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Pro-Canselor UKM, YABhg. Tun Dato’ Seri (Dr.) Ahmad Sarji bin Abdul Hamid, Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, YBhg. Tan Sri Dato' Paduka Dr. Mazlan bin Ahmad dan Naib Canselor UKM YBhg Prof. Tan Sri Dato’ Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin. Disini disertakan serba sedikit gambar semasa majlis berlangsung.wasalam.