Pertamanya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang hadir pada mesyuarat agung kali ini. Antara agenda-agenda yang telah dipersetujui ramai ialah:

1)Seminar untuk ahli kelab.
2)Seminar terbuka untuk ahli & bukan ahli.
3)Outing Putrajaya.
4)Pertandingan fotografi 1 UKM 1 Keluarga.
5)Poskad & Kad Raya UKM.

Ini adalah serba sedikit perbincangan yang telah dipersetujui sebulat suara oleh ahli kelab seni foto.
Tahniah kepada mereka yang telah memenangi cabutan bertuah.
Untuk makluman semua kita akan mengadakan perjumpaan seperti berikut:

Hari:setiap Jumaat
Masa: 3.00-6.00 petang.
Tempat: ZAR Bakery Pusanika

Perjumpaan: 1) 7/Ogos/2009
2) 14/Ogos/2009
3) 21/Ogos/2009

Aktiviti:1)Learning how to do Bokeh.(Blur background)
2)Convocation coverage.
3)Potrait shoot.(maybe ada model)

Perjumpaan ini adalah untuk kita sama-sama bertukar pendapat dan idea tentang fotografi.
Perjumpaan ini adalah secara tidak formal dan sesiapa yang berminat untuk mempelajari fotografi bolehlah hadir memeriahkan suasana.Kelab juga akan mengadakan perjumpaan pada waktu malam untuk kita sama-sama mempelajari teknik CLS & Light Trail.Kepada mereka yang mempunyai DSLR anda digalakkan membawa bersama DSLR anda. Kepada mereka yang tiada DSLR jgn segan untuk datang bersama.