Malam ambang kemerdekaan ke-52 peringkat UKM 2009 telah berlangsung di DECTAR. Acara ini dihadiri oleh Naib Canselor UKM Y.Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin serta TNC-TNC UKM. Majlis bermula pada jam 10.00 malam. Majlis ini dimulakan dengan forum tentang kemerdekaan yang bertajuk "Buang Keganasan, Ambil Kebahagian". Forum ini membincangkan tentang erti kemerdekaan sebenar. Forum ini berlangsung selama 1jam 15 minit. Selepas itu, sesi deklamasi puisi telah dijalankan dimana sesi ini mengabungkan para intelektual UKM serta pelajar UKM sendiri.

Jam 11.45 malam upacara penyerahan bendera oleh Presiden PMUKM kepada Naib Canselor dijalankan. Bendera Malaysia dinaikkan oleh sepasukan 7 orang pelajar UKM.(5 orang PALAPES, 2 orang SUKSIS) diiringi lagu Negaraku. Laungan MERDEKA MERDEKA MERDEKA sebanyak 7 kali dilaungkan sendiri oleh Naib Canselor UKM. Majlis diteruskan dengan acara pemotongan kek hari kemerdekaan serta harijadi mahasiswa/i yang lahir pada tanggal 31/8. Majlis pada malam itu diakhiri dengan nyanyian lagu-lagu patriotik Malaysia. Sekian.