right_side

Kelab Seni Foto UKM

Kelab Seni Foto UKM adalah salah satu kelab dibawah cabang ARTISUKMA(Kelab Kebudayaan UKM). Kelab ini telah ditubuhkan pada tahun 1997. Kelab ini telah mula aktif semula pada awal Julai 2009 dengan ahli seramai 11 orang iaitu mahasiswa/i tahun 1&2 UKM. Kelab ini aktif semula dengan bantuan penyelaras kelab iaitu En Raai(jurugambar kanan UKM). Kelab ini ditubuhkan atas dasar minat yang mendalam daripada mahasiswa/i UKM terhadap dunia fotografi. Diharap agar Kelab Seni Foto UKM akan berjaya menapak di UKM ini seiring dengan kelab-kelab lain yang terdapat di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Upcoming Event

1. Bengkel & Pertandingan Fotografi(Oktober)
2. Pertandingan Fotografi 1 UKM 1 Keluarga.(Oktober)
3. Broga Hill Outing (Next Semester)
4. Putrajaya Model Outing ( Next Semester)


Borak Corner

Followers


In:

Result For Convocation Picture Contest

TOP 3 Creative Convo Picture


Komen:
Gambar 1 (by Afiq)
a) Rule of third yang betul.
b) Penggunaan shutter speed & aperture yang betul sehingga menampakkan kesan sharp ke atas gambar.

Gambar 2 (by Hakimy)
a) penggunaan shutter speed & aperture yang betul sehingga menampakkan kesan silhoutte yang sharp.
b) perlu sedikit fill flash di bahagian muka.
c) colour & sun flare yang menarik.

Gambar 3 ( by Coneer)
a) Moment yang sangat menarik.
b) Ekspresi wajah graduan yang menarik.
c) Penggunaan shutter speed & aperture yang hampir tepat. Gambar kelihatan sedikit tidak sharp.

For all these contestant , please contact this number 0192216455 to received the prizes.

In:

Apa Akan Berlaku Dengan DSLR Masa Akan Datang





Salam...
Saya berminat untuk memaparkan karya beberapa orang jurugambar tempatan yang menpunyai idea out of box tentang perkembangan dunia fotografi. Mereka ini mempunyai idea yang sangat kretif tentang sesebuah DSLR. Topik sebegini amat seronok untuk dibincangkan kerana perkembangan dunia teknologi yang semakin pesat serta keluarnya model2 baru DSLR dengan begitu pantas. Tidak mustahil satu hari nanti kamera seperti di atas ini akan dijual dipasaran... sekian. untuk melihat paparan yang lebih jelas klik pada imej..
wasalam.

In:

Malam Sambutan Ambang Kemerdekaan UKM 2009






Malam ambang kemerdekaan ke-52 peringkat UKM 2009 telah berlangsung di DECTAR. Acara ini dihadiri oleh Naib Canselor UKM Y.Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin serta TNC-TNC UKM. Majlis bermula pada jam 10.00 malam. Majlis ini dimulakan dengan forum tentang kemerdekaan yang bertajuk "Buang Keganasan, Ambil Kebahagian". Forum ini membincangkan tentang erti kemerdekaan sebenar. Forum ini berlangsung selama 1jam 15 minit. Selepas itu, sesi deklamasi puisi telah dijalankan dimana sesi ini mengabungkan para intelektual UKM serta pelajar UKM sendiri.

Jam 11.45 malam upacara penyerahan bendera oleh Presiden PMUKM kepada Naib Canselor dijalankan. Bendera Malaysia dinaikkan oleh sepasukan 7 orang pelajar UKM.(5 orang PALAPES, 2 orang SUKSIS) diiringi lagu Negaraku. Laungan MERDEKA MERDEKA MERDEKA sebanyak 7 kali dilaungkan sendiri oleh Naib Canselor UKM. Majlis diteruskan dengan acara pemotongan kek hari kemerdekaan serta harijadi mahasiswa/i yang lahir pada tanggal 31/8. Majlis pada malam itu diakhiri dengan nyanyian lagu-lagu patriotik Malaysia. Sekian.

In:

Creative Convocation Picture
























Kelab Seni Foto at Convocation.
Kelab akan menjalankan pertandingan secara tertutup untuk ahli-ahli kelab seni foto UKM yang berdaftar sahaja. Ambil seberapa banyak gambar kreatif semasa convocation berlangsung dan upload di dalam photo album event di facebook. Gambar akan diadili oleh penasihat kelab sendiri iaitu En raai. Keterangan pertandingan adalah seperti berikut.

Tarikh 12 - 22 Ogos 2009
Yuran: FOC percuma
Hantar kepada: http://www.facebook.com/group.php?gid=126509834663#/event.php?eid=141538001010
Alatan: Semua jenis kamera.

Editing @ Olahan gambar adalah dibenarkan.

Kepada gambar yang memenangi pertandingan anda akan dianugerahkan gelaran "Photographer Of The Month" dan akan menerima sijil dari Kelab Seni Foto.

Gambar yang terpilih akan di post didalam blog beserta credit kepada photographer.

Apa tunggu lagi kita meriahkan " 39th UKM Convocation" dengan photographer Kelab Seni Foto UKM.

"CAPTURING A TOUCH OF EXCELLENT"

In:

Link Pembelajaran Fotografi

Assalamualaikum semua...
disini saya ingin menyertakan beberapa link @ web dimana anda boleh belajar mengenai fotografi.

1. http://pkukmweb.ukm.my/~raai/
-hasil karya En raai iaitu jurufoto kanan marangkap Penasihat kelab seni foto UKM.

2. http://www.tolahah.com/blog/
-hasil karya seorang jurugambar profesional di Malaysia. Tolahah

3. kelab juga mempunyai group di Facebook. link adalah seperti berikut.
- http://www.facebook.com/group.php?gid=126509834663


diharap agar link2 tersebut dapat digunakan sebaik mungkin untuk pembelajaran dalam bidang fotografi. Kelab Seni Foto UKM tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan web diatas kecuali group di Facebook.

In:

Laporan Mesyuarat Agung Tahunan

































































































Pertamanya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang hadir pada mesyuarat agung kali ini. Antara agenda-agenda yang telah dipersetujui ramai ialah:

1)Seminar untuk ahli kelab.
2)Seminar terbuka untuk ahli & bukan ahli.
3)Outing Putrajaya.
4)Pertandingan fotografi 1 UKM 1 Keluarga.
5)Poskad & Kad Raya UKM.

Ini adalah serba sedikit perbincangan yang telah dipersetujui sebulat suara oleh ahli kelab seni foto.
Tahniah kepada mereka yang telah memenangi cabutan bertuah.
Untuk makluman semua kita akan mengadakan perjumpaan seperti berikut:

Hari:setiap Jumaat
Masa: 3.00-6.00 petang.
Tempat: ZAR Bakery Pusanika

Perjumpaan: 1) 7/Ogos/2009
2) 14/Ogos/2009
3) 21/Ogos/2009

Aktiviti:1)Learning how to do Bokeh.(Blur background)
2)Convocation coverage.
3)Potrait shoot.(maybe ada model)

Perjumpaan ini adalah untuk kita sama-sama bertukar pendapat dan idea tentang fotografi.
Perjumpaan ini adalah secara tidak formal dan sesiapa yang berminat untuk mempelajari fotografi bolehlah hadir memeriahkan suasana.Kelab juga akan mengadakan perjumpaan pada waktu malam untuk kita sama-sama mempelajari teknik CLS & Light Trail.Kepada mereka yang mempunyai DSLR anda digalakkan membawa bersama DSLR anda. Kepada mereka yang tiada DSLR jgn segan untuk datang bersama.

In:

Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Seni Foto

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Makluman kepada semua ahli Kelab Seni Foto UKM yang telah mendaftar dan yang ingin mendaftar. Anda dialu-alukan ke Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Seni Foto UKM. Maklumat mengenai mesyuarat adalah seperti berikut:

Tarikh: 1 Ogos 2009
Hari: Sabtu
Masa: 12 tengahari
Tempat: Bilik Kuliah 1114, Bangunan Biologi, FST

Tentatif:
-Pendaftaran
-Ucapan penasihat kelab
-Ucapan presiden kelab
-Persembahan multimedia aktiviti kelab.
-Cabutan Bertuah





Jamuan ringan turut disediakan.
Anda diminta membawa RM10 bagi yuran tahunan.
Anda yang menyertai Kelab Seni Foto UKM secara automatik akan menjadi ahli ARTISUKMA.
Sebarang masalah boleh menghubungi:
>Hakimy: 0192216455
>Sholihien: 0135923929

"CABUTAN BERTUAH AKAN DIADAKAN BAGI AHLI-AHLI KELAB YANG HADIR"

Kehadiran Anda Amat Dialu-alukan

"CAPTURING A TOUCH OF EXCELLENT"